Karya Imam Abu Daud

Dia mengarang sekitar 21 buah kitab keseluruhannya. Sebahagian yang paling menonjol adalah:

  • Sunan Abu Daud, mengandungi sekitar 4,800 hadith, merupakan karya agungnya. Ia biasanya diberi nombor menurut edisi Muhammad Muhyi al- Din `Abd al-Hamid (Cairo: Matba`at Mustafa Muhammad, 1354/1935), di mana 5,274 dibezakan. Sesetengah hadithnya tidak sahih, tetapi dia mendakwa bahawa kesemua hadith disenaraikan adalah sahih kecuali disebut dengan jelas sebaliknya; ini menjadi pertikaian dikalangan sarjana Islam, kerana sesetengah, seperti Ibn Hajar al-Asqalani percaya bahawa sesetengah yang tidak bertanda juga merupakan Hadith da'if.
  • Dalam karnyanya yang lain, Kitab al-Marasil, dia menyenaraikan 600 Hadith mursal yang, selepas penyelidikan menyeluruh, dia memutuskan juga adalah Hadith sahih.
  • Risālah Abī Dāwūd ilā Ahli Makkah; suratnya kepada penduduk Mekah menggambarkan karyanya, Sunan Abu Dawood.[1]